Daisypath Anniversary tickers

my picture!

my picture!

About Me

My photo
chubby ramah pendengar yg setia loyal friend sentimental penyayang

Sunday, May 15, 2011

As salam...


ada satu aku nak tegur pasal kaum hawa ni..dah lama dah aku perhati..kt shopping2x complex, kat universiti or dalam communiti skali pun..pasal AURAT! Isu ni nampak remeh dipandang tetapi sebenarnya itulah yang WAJIB dan PATUT dititikberatkan..Apa yg aku boleh kata seorang MUSLIMAH kini tidak lagi kelihatan begitu..namun aku tau bukan semua kat luaq sana macam tu..CUMA SESETENGAH sahaja...sbb apa aku kata macam tu..ada satu hari ni aku p 1 shopping complex ni..ramai gila umat manusia terutamanya dari lingkungan 16 hingga 20 an..ya la hari minggu kan..ramai2x la yg kluaq bercanda atau bersiar-siar atau window shopping atau bershopping sakan sekalipun..ad yg kluaq sekeluarga malah ada yg berkonvoi ramai2x bersama kwn2x.


bukan nak mengata TAPI nak teguq depa2x ni..KAUM HAWA!..apa yg aku perhati..Aurat yg sepatutnya ditutup tidak menepati ciri2x menutupi aurat...ingat yer..menutup aurat TIDAK sama yer dgn MEMBALUT aurat..tak kan hampa xblajaq kot..rasannya darjah 5 6 ustazah dah ajaq kat sekolah..apa yg ptt ditutup untuk menutup aurat atau menjaga aurat supaya tidak terdedah..bukan setakat memakai tudung,pakai seluaq,pakai baju even pakai inner sekalipun DAH menutup aurat anda..even kalau nak berfesyen vogue macam mana sekalipun mestilah menutup aurat..Aku masih ingat ustazah cakap aurat hampa(perempuan) adalah dari hujung rambut sampailah ke bawah..KECUALI muka dan tapak tangan SAHAJA!Pemakaian yg menutup aurat ada STANDARD/ etika menutup aurat..pakaian tersebut hendaklah:


1..Pakaian yg besar sedikit dari bentuk badan sebenar BUKAN sendat dan kecik macam baju budak umuq 6 thun..
2.Pakaian yg tidak menampakkan bentuk badan BUKAN jarang
3.Pakaian yg labuh atau menutupi punggung BUKAN singkat dan ketat.
4.Pakaian yg berlengan panjang BUKAN xdak lengan ataupun yg berlengan pendek.
5. Seluaq yg sedikit longgar BUKAN legging atau yg hujungnya kecik macam batang buluh.(mcm cikgu kt sek aku selalu kata bila budak laki buat cmtu)
6.Seluaq/kain yg TIDAK jarang dan BUKAN seluaq yg membalut (mcm mumia)..yg bila duduk habis nmpk semua.
7.Tudung yg TIDAK nipis yg  boleh menampakkan kulit, rambut dan tengkuk.
8.Tudung yg TIDAK pendek aka mestilah labuh hingga menutupi dada.
* Tapi yg aku tgk skrg ni byk kt pasaran tu..pendek dan tidak menutupi dada.


Kat bawah ni ada firman yg berkaitan dgn menutup aurat..


Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan janganlah wanita2 itu memperlihatkan perhiasannya melainkan yg zahir dan hendaklah memakai tudung yg menutup kepala sehinggalah atas dada2 mereka." (31: An-Nur)



tu tak cakap lagi psal aurat dari aspek perbuatan,tingkah laku atau suara..dan tu belom cakap  lagi psal tnggungjawab kpd allah..hmm..aku sedikit terkilan sbb bangsa melayu beragama islam dalam ic tapi hanya pada ic ja..hakikatnya..boleh la anda tanya diri sendiri..kadang2x nak salhkan ibu bapa,cikgu2x tak boleh jugak.sbb kt sek, kt umh dh diajar..klau xdiajar sekalipun...byk lg  media lain spt internet,buku2x keagamaan yg boleh diaplikasi utk menjadi SEORANG MUSLIMAH yg baik..bak kata peribahasa hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..kadang2x tu tgk..mak bapak dya elok ja berpakaian..tpi anak2x dya mak aii..(xtutp aurat)..kadang2x tgk mak bapak dia plak dress up (xtutup aurat @ sebagainya) anak2x depa elok ja bertudung litup..sbb tu ada lagu IMAN TAK BOLEH DIWARISI..xsemestinya bpk dya imamanak dia boleh ikut cm tu jgk..hmm..n kadang2x tu..bila tgk sorg perempuan ni..kna tgk 2 kali..(dlm hati)..ish..dia ni melayu ka..is..dia ni islam ka..hmm..


post ni HANYA luahan aku..jadi kalau yg terasa tu i'm sorry..sbb aku pun bukannya sempurna..aku pun HANYA hamba Allah yg hina lagi byk kekurangannya..walau cmna pun..kita sebagai MUSLIMAH haruslah berubah menjadi lebih baik dari semalam..sbb aku tau  bukan senang nk berubah.tu pun perlunya izin dari Allah..kalau kita nak berubah tapi TAK dapat izin-NYA pun xjadi jgk..lagi 1 aku hanya mampu menyampaikan yg ni ja..sbb aku sendiri pun masih berusaha menjadi MUSLIMAH yg baik. 


*P/S:Berpesan-pesanlah walaupun sebaris ayat..



No comments:

Post a Comment