Daisypath Anniversary tickers

my picture!

my picture!

About Me

My photo
chubby ramah pendengar yg setia loyal friend sentimental penyayang

Wednesday, November 20, 2013

Impian tuan punya blog Tea O' Laici.Com

Aku berkeinginan ingin mengusahakan bisnes berkaitan kuih-muih moden mahupun tradisional...ingin memiliki sebuah kedai sederhana comel yg comel berkonsepkan moden kontemporari..voilaaa...ada wallpaper comel..meja kopi 5-6 buah..bajet kedai2 comel2 jer cm tuan dia..hihihihi..verangan sgtt tau..ada DC aka display chiller..ada CC counter cashier..DM display menu..kt bahagia belakang ada bahagian pengeluaran..tapi kedai tu semua memerlukan modal bai..betul la orang kata the first step is the hardest..bila difikirkan balik..mmg pon kan..nk mula langkah pertama tu mmg teramat susah..u know what..tinggi sgt kan angan2 aku tu..so at the beginning aku ingt nk buat bisnes  dari rumah jer..buat secara online..actually aku dh buat pon facebook Talam's House Production...ada la promote kt blog..tapi biasa la..mesti mula2 orang xtau lg kan..so aku dh buat sample bagi orang surau rasa..hihihi..marketing tu..pastu aku dah fikir la semua benda..pasal kalau nk buat bisnes talam ni..mesti la 5-6 jenis kalau nk buka meja tepi jalan..kena ada alatan memasak yg cukup seperti loyang,pengukus besaq..kena ada meja meniaga..payung kalo nk meniaga tepi jalan..dan mesti la kena kenderaan nk usung pi mai pi mai..kena buat flyer tok marketing..tapi bab kenderaan tu big problem..berbulan jgk la aku ambik masa nk pikiaq dari segala aspek...jadi aku dah buat keputusan ianya hanya akan jadi angan2 aku..mungkin suatu hari nanti aku boleh realisasikan menjadi realiti..tiada siapa tahu kan..Allah ja yg tau..insyaallah..




Tuesday, November 12, 2013

I'M A MUSLIM

Hmmm.....hari ni tgh scroll mukabuku ni...nmpk la seorang hamba Allah post pasal tudung/hijab  yg TAK menepati syariat islam ni..harga mahal tapi pendek makna kata tak tutup chest...jarang,ketat,nampak rambut,leher,telinga dan aku rasa SEMUA wanita MUSLIM aware dan tau pasal etika pemakaian tudung mengikut syariat ni..CUMA endah tak endah ja...even kt sekolah dulu pon dah belajaq siap hafal lagi kan sbb nk exam... apa yg aku observe tudung2 yg dijual kt market tu nama ja tudung muslimah tapi tak menepati syariat islam..hmm...aku pon bukan pandai sgt..tapi sebagai umat islam kena la teguq..kalo org xnak dengar aku have no other option sbb tugas menegur aku dah selesai..dah la tudung tu semua mahal TAPI tak menepati syariat langsung..org skrg ni mmg la up to date mengikut peredaran fesyen tapi hanya sekadar fesyen bukannya nk menutupi aurat kerana Allah..aku tak kata semua..tapi SESETENGAH la...kadang makcik2 pon sama naik ja...hurmm..dunia oh dunia..dalam al-quran dah ada semua yg diperlukan cuma KITA ni ja baca tak tasfsir/maksud dlm al-quran tu atau sekadar baca sahaja..

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59) 


Lagi satu pasal solat ni..yg MEMANG2 dah sah WAJIB ditunaikan tak kira hang suka ka tak suka..nak tunggu SERU..????? tak payah nk berjemaah kot menyolatkan ANDA2...masa tu mmg dah terlambat semuanya..ok..2 hari lepas aku tgk perbahasan parlimen..ada sorg yb ni tanya macam mana nk memperkasakan kewajipan solat ni kpd umat islam..pastu yb sorg lagi ni jawabla..kelas KAFA ada..dimana murid2 ni diajar macam mana nk solat...masa aku kelas fardhu ain dulu..tiap2 hari ada amali solat asar..sapa xbawak telekung siap kena tadah tangan kena rotan..eventhough time tu solat xberapa betui lagi..kt sek rendah pon sama jgk....ingt lagi aku mcm mana tertonggeng atas meja masa nk tunjuk kt ustazah how to solat...kt sek. menengah pon sama ada amali solat tiap2 minggu..pastu yb tu kata lagi kt Malaysia ni -- belambak- lambak masjid/surau...tak jadi masalah kalau nk solat sbb dimana2 pon ada rumah Allah tu..bagi aku la...kalau xdak masjid/surau pon kalau dah tentu tau WAJIB kena solat bila tiba waktu..kt tepi jalan pon boleh jgk..sbb setiap inci bumi ni kepunyaan Allah..kita tak punya alasan utk tidak solat..sbb  apa murid2 solat tu kan TIANG agama..tak kan time org semua dok solat anda tgok je org lain solat..tak kan XDAK SEKELUMIT pon perasaan malu...kecuali la anda period kan...cuba renung-renungkan..kita ni BENAR2 beragama ISLAM atau atas kad pengenalan saja...


“Dan mereka yang tetap memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.” [Al-Mu’minun: 9-11]

Janji Allah itu pasti..sbb suatu hari nanti tanpa kita ketahui bila,di mana kita akan kembali pada Allah swt..




Roti Benggali Kampung

Assalammualaikum..hi uolsss...hari ni mood meroti again...kali ni guna resipi yg sama tpi guna telur ayam kampung sebanyak 4 biji..dan 1 biji utk egg wash..tapi kali ni sebuku aku bubuh  kismis skit...as my mom request..hihih...nah aku belanja tgok gambaq hari ni punya meroti...dan that was my dinner tonight with bawal curry...