Daisypath Anniversary tickers

my picture!

my picture!

About Me

My photo
chubby ramah pendengar yg setia loyal friend sentimental penyayang

Sunday, February 20, 2011

YeStErDaY

Memori semalam masih segar diingatanku
Panasnya ikatan kita yang semalam masih berbekas dihati ini
Kata-katamu semalam masih terngiang-ngiang
Kilauan matamu semalam masih aku tak dapat lupakan
Senyumanmu semalam masih mekar dihati ini
Janji-janjimu semalam masih tersimpan erat denganku
Semuanya tentang dirimu bagaikan semalam baru aku kenali,ketahui
Walaupun segala yang berlaku semalam telah lama berkubur
bersama detik waktu yang berlalu..
Namun,baru kusedari apa yang telah berlaku semalam telah lama menjadi detik silam..Tetapi..Semua cerita tentang kita berlaku semalam...
Semalam yang hangat dengan kisah-kisah kita berdua..
Terasa bagai semalam hubungan itu baru terjalin..
Segalanya tentang semalam masih berdiri teguh disarang fikiran ini..
Kini,segalanya tentang semalam sudah menjadi sejarah..
Semalam yang penuh rasa berbunga dihati..
Semalam yang penuh dengan gelak tawa kita..
Semalam juga yang tercalit kedukaan dihati..
Semalam juga yang penuh dengan linangan air mata..
Semuanya masih segar bagaikan semalam..
Diari semalam yang penuh kelukaan.
Tak guna ditangisi.
Tak guna diratapi..
Tetapi jika semalam itu yang penuh dengan kegirangan..
Ingatilah ia untuk merawati luka yang semalam..
Biarlah semalam menjadi coretan yang pernah tersemat dihati..

BeRbIArA tEnTaNg ErTi SeTiA

Berbicara saja tentang erti setia sedangkan kejujuran dihati tak pernah ada...
Apakah warnanya wajah di cermin itu putihkah jawapanmu walau ia kelabu..
Teguhkah..
Bahtera dikala ombak melanda sedang di air yang tenang..Arah kian menghilang..
Akan ku serah..segalanya padamu..
Itu kalimah yang sering menjeratku...
CHORUS
Waktu yang berlari..tidak mungkin kembali..alam jadi saksi..
Ikrar suci tak dihormati...
Ke penghujung langit merah akan ku lontarkan jeritanku bersama kesetiaaku terhadapmu..
Dan kiranya kau masih belum lagi mahu engkau mengerti..
Tak mungkin kesetiaan menjadi milikmu..
Suria itu kan bersinar pabila masanya
Mendungkan menjelma jua..
ulang CHORUS..
Teguhkan..
Bahtera dikala ombak melanda..
Sedang di air yang tenang...Arah kian menghilang..
Hentikan bicaramu tentang erti setia..

Saturday, February 19, 2011

HiDuPkU dUlU dAn kInI

hmmm...skrg ni hidup aku dah tak macam dulu masa kt kampus sebab skrg ni aku dah keja..huhuhu...xdak lah..aku skrg tengah praktikal kat hotel vistana,Penang..dah 2 bulan lebih dah aku kat sini..lagi sebulan lebih ja lagi dah habis praktikal selama 4 bulan aka 1 semester..dan lagi 2 semester aku akan graduate sebagai pelajar UITM Penang..Insyaallah...
tak sangka dah 3 tahun berlalu sejak aku meninggalkan sekolah yang byak mengajar aku sehingga aku jadi macam sekarang ni walaupun belom bekerjaya..tapi Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu telah berjaya membentuk aku sehingga menjadi seperti sekarang ni..membentuk seorang pelajar luar bandar  seperti aku dan 8 orang lagi sahabatku sehingga berjaya menjejak kaki ke menara gading di seluruh malaysia..Ingin aku nak share kat sini..waktu yg paling gembira buat aku adalah masa spm dimana aku berjaya dgn mendapat 7A2B..dan masa hari anugerah tahun 2009 aku dinobatkan pelajar terbaik spm 2008..saat tu tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila..walaupun aku bukan budak aliran sains..aku tetap berjaya buktikan aku boleh berjaya..mungkin saat tu jugaklah merupakan detik paling membanggakan buat kedua ibu bapa aku yg tersayang..tak sia-sia mengorbankan segalanya buat aku...
Bercakap pasal 3 tahun hampir berlalu...bulan mei ni aku akan berusia 20 tahun....ha..aku dah 20 tahun????Masyaallah...dah boleh kawin..yahuuuu..hahahha..merepek ja lah aku ni...hihihihih...masih panjang lagi perjalanan hidup aku nih..belajar pon xabis lg..masih byk perlu aku fikirkan untuk masa depan aku...hmm..bercakap tentang masa depan...Diploma Seni Kulinari?????? CHEF is the word for that..bersediakah aku untk menjadi seorang chef?????  dulu mak ngn ba'(pnggilan utk bapa di penang) aku sebenarnya tak berapa setuju masa mula2x aku dapat offer kos culinary arts ni..kata diorg swasta lah..bla bla bla... choice diorg sama ada ikut jejak mak  aku jadi nurse or cikgu...aku tau hati ibu bapa risau..tapi aku tak berminat dan confuse time tu takut tak boleh carry on...akhirnya now lagi 1 tahun aku akan grad in kos ni...hmmm...aku pon still kabur lagi tntg masa depan aku..hanya Allah ja yg tau..rezeki aku kelak...

Wednesday, February 16, 2011

DoA bUaT mR.A

Hmmm..tiba-tiba sy teringatakn awak...2 malam yang lepas saya mimpikan awak...hanya nama awak terlihat dalam mimpi saya..mungkin dah lama  tak berhubung dengan awak..melalui facebook,yahoo messanger or mesej..mungkin awak  tak perasan pon kan saya dah lama berjauhan dari awak..bulan lepas hari lahir awak..saya sentiasa ingat tarikh tu..saya hantar mesej wish kat awak..tak tau la awak baca ke tak..

saya dah hantar wish kat awak..tahun lepas..saya hantar kad besday kat awak melalui pos..mesti awak ingat saya ni kolot kan..saya tak kisah...sebab saya nak awak tau saya ambil berat kat awk lebih dari seorang kawan...bila ingat masa tu..saya mintak kat awak alamat rumah awak..awak tak nak bagi..saya pon merajuk dengan awak seminggu....tapi lepas tu awak bagi jugak..awak tanya nak buat apa dengan alamat rumah awak..saya cakap la nak hantar sumthing..awak cam nak tak nak je nak bagi alamat rumah awak tu..saya terpaksa bagitau hal sebenar..dah tak surprise dah kad wish untuk awak tu MR. A..

Dah lama selepas saya dapat melupakan  awk MR. A..ada sorang kawan kat facebook ni.. Z,saya selalu berbalas komen dengan dia....ntah macam mana saya saja tanyakan hal awak.mana la tau dia kawan fb awak jugak sehingga saya tau rupanya dia ada menyimpan perasaan pada awak..dia pernah cakap kat saya yang awak dah jadi sebahagian dari hidup dia...tipu la kalau saya tak terkejut bila tau hal tu..tapi selepas tu saya redha kalau betul awak dengan dia..dengan hati yang ikhlas, saya doakan awak dengan dia berbahagia..mungkin awak bukan jodoh saya..biarlah saya lihat awak jauh jer...terima kasih  kerana pernah hadir dalam hidup saya..meskupun hanya sebagai 'abang' saya..

Friday, February 4, 2011

iA sUdAh PeRgI

masa kian berlalu...
meninggalkan seribu satu kenangan...
sekarang tahun silih berganti...
dan masa berlari sepantas-pantasnya....
begitulah jua segala kenangan yg ada...
kini..kau yg dlu sentiasa dlm bygn ku....
meskipun cuma sebentar saat perkenalan...
juga sebentar saat kegembiraan...
kini semuanya hanyalah tinggal sisa...
tidak sedikitpun meruntuhkan hatiku lg..
wlaupun terkadang bygn itu menjengah jua...
tetapi ianya tidak lagi dpt melukakan hatiku...
kerana aku sudah terima seadanya..
menghadap realiti yg kini kau sedang bahagia...
aku tidak mahu lagi merindui kau...
kerana aku mahu merindui yg seterusnya...
yg dpt membalas cintaku ini...
now...u has gone 100% from my life....

KiSaH dUlU

awak nak tau...
sepanjang kita berkawan....
kita selalu chat kat fb..
kita slalu ber sms...
tiap-tiap hari...
kalau awak xtegur saya...
sy yg tegor awak....
sy gembira sgt...
pernah satu pagi awak kol sy...
sy hepy sgt...
smpai xtercakap sy...
tapi........
semua tu tak lama....
bila sy mula perasan...
awk xmcm dulu....
sy terasa sgt awk....
sy kecewa....
bila sy mula perasan...
bile kt wall fb...
awak xprnh nk komen kt wall sy...
tpi..kt wall org lain..
laju je awak komen itu dan ini..
dan sy mula terfikir...
adakah sy ni xlayak jadi kawan awk...
sbb sy x cantik...
sbb sy xsempurna....
bila sy fkir bnde tu semua......
sy xtau nk ckp apa....
sy sedey sgt....
awak nak tau...
pernah sekali awak hantar mesej
pukul 3 pagi...
awak cakap 'hai' kpd sy..
tapi pd ms tu sy xde krdt nk mmbls...
tapi pd keesokkan harinya...
sy reply msej awk 'sy ckp awak mimpi apa hntr msej kt sy pkul 3 pg'
awak ckp awk _ _ _ _ _
mungkin awak saje main2x dgn sy...
awak nk tau....
dlm hati sy berkata sebaliknya...
awak nak tau..
hanya dgn berkata begitu...
mungkin boleh mmbuatkan sy atau pmpuan lain merasa sebaliknya...
awak nak tau...
sy pun xtahu knpa setiap kali menerima sms dari awk...
ia merupakan 1 hal yg gembira bg sy....
sy sndiri sukar untuk mentafsirkan knpa sy begitu...
sehingga ada teman rapat yg memeberitahu...sy..sy..mcm dilamun cinta...
sy pun xtau awak....
sbb sy xprnh rasa sebegini....
malah sy sndri xtau bgaimana nk ckp tntg prasaan yg mlnda diri ini...
awak nak tau...
sy pun xtau knpa..
buat pertama kalinya...sy menangis...
awak nak tau knapa...
semuanya adalah sbb AWAK....
sbb AWAK.....
sekali lg...sy x tau...knpa sbb awak sy menitiskan air mata....
smpai skrg...
semuanya masih mnjadi tnda tnya yg tidak terjawab....

Wednesday, February 2, 2011

KENAPA????

mmm..aku xfhm la knapa ada sstgh perempuan suka sgt tgk kabahagiaan kaum sejenis dia hancur berderai...ishh...xkan dia xdak perasaan kot..bila dia ada scandel dgn org yg dh berpunya..aku betul2x xfhm...ada jgk perempuan cmtu..cuba dia kt tmpt perempuan yg kena rampas tu..bila pkwe/suami sendiri ada scandel ngn pompuan lain.tolonglah lah ekk..sape2x yg dh tersilap langkah tu...ye la..walaupun kite dh jatuh hati or watever...klu sekali kite penah wt org lain cmtu..msti suatu hari ANDA akan kene jgk cmtu.DUNIA  ni adil..klu kita buat jahat..cepat or lambat..pasti dapat BALASANNYA...sekian